Sunday, December 9, 2012

Tips-kulit#4


Bismillahirahmanirahim..assalamualaikum..

Semua orang pasti suka baca majalah lagi2 kalau cerita pasal tips2 or petua2 tradisional yg mudah senang dan x mahal tu yang penting ha. kita boleh buat beauty spa sendiri kat rumah..dah takyah pergi spa selalu kan? mgkin ada yg lebih suka buat sendiri sebab beri kepuasan sendiri.

Petua ini mak aku yang beri,aku nak kongsi lah petua ni.



Tomato dapat menyegarkan dan memutihkan kulit tuan2 puan2
caranya korang ambil tomato sejuk yang dlm peti ais berapa banyak korang nak pakai nanti. korang lenyek-lenyekkan tomato tu tapi jangan hancur sangat atau kalau dah malas sgt tomato potong 4 jer senang ---> baca bismillah ---> korang sapu kat kulit mana2 posisi yg korang nak ---> biar sampai kering ---> basuh dengan air dan keringkan.
Amacam? segar x? amalkan selalu k.



Air cucian beras mak aku selalu kalau cuci beras mesti mak simpan air beras kat dlm mangkuk dan suruh aku pakai. Alhamdulillah kulit rasa segar.
caranya air beras tu jangan buang yer,simpan dlm mangkuk ---> perapkan contohnya mcm mlm ni korang simpan cucian tu,esok mlm lagi baru korang pakai k ---> baca bismillah ---> sapu kat muka perlahan-lahan k ---> cuci dengan air sekali jer tau tpi kalau xnak cuci pun lebih elok lap2 pakai tangan biar kering sendiri k.



Alovera/Lidah buaya korang tau x apa tu? kalau tak tau search kat google. jangan pula korang fikir lidah buaya tu lidah binatang buaya tu^-^
Yang ni aku suka amalkan. Banyak khasiatnya dalaman luaran bdn kita tau. dpt segarkan kulit,sembuhkan luka dan macam2 lah dapat. k aku dah mula merepek.kihkih
caranya korang ambil alovera tu(hati2 tau tajam tu) ---> buang kulit nya ambil isinya k ---> potong dan letak dlm mgkuk ---> simpan dlm peti ais biarkan sejuk kejap ---> baca bismillah ---> sapukan kat mana2 yang korang suka ---> biar kering ---> cuci dengan air bersih dan keringkan. siap.


Alhamdulillah.. smpai sini jer petua yang mak aku selalu suruh aku amalkan,kalau ada tips lagi nanti kita kongsi samak. semoga jumpa lagi.

inshaaAllah...

Setiap perbuatan haruslah dimulakan dengan izin Allah tapi yang penting perbuatan tu mestilah atas tujuan yang BAIK barulah d'berkati olehNya. Bersyukur atas kurniaanNya.
terimakasih^-^
#sitifaizahraini

I'm hopefully this post doesn't annoys anyone^-^

No comments:

Post a Comment

♥ Terimakasih sudi baca post ni^-^
♥ kekomen jer baik/buruk^-^
♥ in shaa Allah 'asap' saya balas^-^